fasisbh1-kgksrnu.zoom-a.com
Laman Peribadi
KESATUAN GURU-GURU KERAJAAN SABAH

E-mel : fasisbh1-kgksrnu@zoom-a.com
| Laman Utama | Ucapan Pengerusi | Ucapan Presiden | Program Utama | Aktiviti Semasa | Senarai Ahli | Artikel Media | AJK Daerah | KGKS Pusat | Faedah | Tabung Kebajikan | Memo Dalaman | Isu dan Usul | Permuafakatan | Pengiktirafan | Pemimpin Lalu | Penghargaan | Jasamu Dikenang | Pendapat Tersiar | Informasi | Pautan | Penerima Tabung Kebajikan | Pengiktirafan |

losinin_johalin@yahoo.com.my  

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. 

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan petunjukNya jua saya dapat memberikan ucapan sepatah dua kata di dalam laman web ini.

            Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan peluang kepada saya untuk menerajui kepimpinan Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Cawangan Ranau bagi sesi 2006-2008. Ucapan terima kasih juga saya ingin lafazkan kepada Presiden KGKS Sabah, En. Md. Yussof bin Mataim kerana melantik saya sebagai salah seorang daripada barisan Exco Negeri Sabah bagi tahun 2006-2008. 

            Saya percaya ini adalah satu peluang kepada saya untuk belajar lebih mendalam lagi mengenai KGKS sebagai satu-satunya wadah yang memperjuangkan kebajikan guru-guru di Negeri Sabah. Saya akan mengambil kesempatan ini untuk berkhidmat penuh ikhlas. Ikhlas untuk berjuang dan bekerja lebih gigih agar apa yang diharapkan oleh guru-guru di daerah ini akan tercapai.            

                        "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak" 


            Sehubungan dengan itu, perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting, jika kita mempunyai matlamat atau tujuan yang jelas, kita harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju ke arah sasaran dengan tepat. Oleh itu, jawatankuasa KGKS Daerah Ranau 2006-2008 telah dibentuk dengan memasukkan barisan yang paling kuat, agresif dan mantap. Saya akan menggerakkan jawatankuasa ini sehingga ke tahap maksimum. InsyaAllah.

            Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya. Saya berharap KGKS Ranau akan kembali menjadi salah satu penggerak utama  kepada KGKS Pusat pada satu hari yang akan datang.  

Akhirnya saya ingin menggariskan 5 perkara yang akan menjadi asas pembangunan KGKS Ranau iaitu:-            

 1.       Kefahaman para guru terhadap KGKS dan perjuangannya

 2.       Pendaftaran ahli baru

 3.       Aktiviti bermanafaat secara berterusan 

 4.       Sokongan serta hubungan baik di antara KGKS, MGB dan PPD

 5.       Semangat, kerjasama dan permuafakatan AJK

Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan. Kita fikirkan bersama…  

            Salam Hormat

            LOSININ BIN JOHALIN

            Pengerusi KGKS Daerah Ranau

            Sesi 2006-2008




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: